Usaha pihak berkuasa untuk menjejaki usahawan kosmetik Sajad masih bertemu penghujungnya walaupun dia terlihat masih aktif di laman Instagram sehinggalah netizen mulai keliru dengan raut wajah seorang wanita yang mirip seperti Sajad.
Wanita tersebut mula mencuri perhatian netizen susulan dia aktif di laman Tiktok dengan menggunakan nama Mustika dan ternyata dia adalah adik kepada usahawan tersebut.
'Kalau boleh tak nak ambil tahu'
Sehubungan dengan kontroversi yang melanda abangnya, Mustika tampil bersuara selepas dia dihujani pelbagai soalan tentang keadaan dan keberadaan Sajad yang sekian lama menghilangkan diri.
"Jujur saya tak tahu Sajad dekat mana dan kalau boleh tak nak ambil tahu pasal dia. Bukan sebab saya tak kisah tapi dia ada kehidupan dia sendiri dan hal yang sedang dia lalui ni terlalu besar."
"Dia je boleh uruskan masalah ni sebab dia seorang yang kuat."
-Mustika-
Tinggalkan Komen