Jumpa anak anjing diikat dalam guni, gadis Melayu tak teragak-agak selamatkan

Oleh: Zuzu Yasmine

Baru-baru ini tular video seorang gadis menyelamatkan anak anjing yang hampir kelemasan di dalam guni telah menyentuh hati ramai.

Memetik laporan Harian Metro, anak anjing itu disumbat masuk ke dalam guni yang diikat sebelum dibuang oleh individu tidak bertanggungjawab.

 

Bagaimanapun, nasib anak anjing tersebut terbela apbila diselamatkan seorang gadis yang dikenali Aqilah Yuhanis Anuar.

Lihat guni bergerak

Menurut gadis berusia 24 tahun itu, dia menemui anak anjing berkenaan di hadapan sebuah bengkel dekat Paka, Dungu.

"Saya ternampak guni berisi anak anjing itu di hadapan sebuah bengkel ketika memandu pulang untuk pulang ke pejabat selepas makan tengah hari dengan rakan sekerja.

"Melihat guni itu bergerak, saya berhentikan kereta dan sebaik menghampirinya (guni), saya terdengar suara seperti ada anjing di dalamnya.

"Tanpa berlengah, saya terus mengambilnya (guni) untuk bawa masuk ke dalam kereta dan sebaik tiba di kawasan pejabat, saya pakai sarung tangan sebelum membuka ikatan guni itu," katanya.

Tali diikat di leher anak anjing

Dia yang berkerja sebagai pembantu akaun itu turut meluahkan rasa sedih apabila melihat keadaan anak anjing itu yang berada dalam keadaan tercungap-cungap dengan lehernya diikat pada tali.

Tidak berfikir panjang, dia bertindak membebaskan anak anjing tersebut sebelum meletakkannya di kawasan yang selamat.

"Saya memang sedih waktu melihat anak anjing itu kerana nampak kehausan dan sesak nafas.

"Tak dapat bayangkan keadaannya sepanjang diikat dalam guni itu.

"Selepas mengeluarkannya daripada guni, saya terus memberinya makan dan minum sebelum meletakkannya ke satu tempat yang selamat tidak jauh daripada kawasan pejabat," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Aqilah juga berkongsi update terkini mengenai anak anjing yang telah diselamatkan itu.

"Lepas beberapa jam saya pergi tengok dia semula. Dia dah kenal saya," ujarnya.

Aqilah juga berkongsi bahawa dia pernah menyelamatkan anjing, kucing, monyet dan haiwan lain sebelum ini malah mengakui sememangnya sukakan haiwan. 

Sikap yang patut dicontohi!

Video anak bongsu daripada tiga beradik itu telah mendapat perhatian dan tular di media sosial selepas dirakam oleh rakannya dan dimuat naik di TikTok sehingga meraih lebih 5.5 juta tontonan.

Sehubungan itu, rata-rata netizen bersimpati akan nasib anak anjing tersebut selain berharap sikap gadis ini perlu jadi contoh orang ramai.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen