"Terima kasih Lofa!" -Dalam diam, Neelofa sumbang 15 katil pesakit kepada Hospital Melaka

Berikutan peningkatan kes harian Covid-19, kita telahpun dimaklumkan bahawa sistem kesihatan kini berada dalam keadaan yang sangat lemah dan hampir lumpuh susulan kemasukan pesakit yang dijangkiti virus tersebut setiap hari.

Neelofa sumbang katil elektronik

Di kesempatan itu, seorang selebriti dan usahawan terkenal Noor Neelofa Mohd Noor telah menyumbangkan katil elektronik di Hospital Melaka bagi kegunaan pesakit Covid-19 di sana.

 

Makluman itu telah dikhabarkan oleh salah seorang kakitangan di hospital berkenaan di laman Instagram miliknya sekaligus meluahkan rasa syukur di atas sumbangan tersebut.

Jelas pemilik akaun IG yang menggunakan nama abu_hudzaifah78, sebanyak 15 buah katil yang diterima telahpun ditempatkan di zon Dekon Hospital Melaka dan digunakan sepenuhnya untuk merawat pesakit.

'Alhamdulillah, terima kasih Puan Neelofa'

Sumbangan itu nyata memberi kelegaan buat hospital berkenaan berikutan peningkatan kemasukan pesakit di sana. Dia yang juga mewakili kakitangan  Hospital Melaka turut mendoakan agar Neelofa memperoleh ganjaran di atas kebajikan dan kebaikan yang telah dilakukan.

"Semoga Allah mengganjari amal jariyah ini dengan kebaikan dan pahal dunia akhirat."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen