Lama menyepi, Wisma Putra usaha dapatkan perkembangan terkini Ustaz Ebit Lew

Umum sedia maklum akan keberangkatan seorang pendakwa bernama Ebit Lew ke Gaza bagi menjayakan misi bantuan kemanusiaan di sana dengan menyampaikan sumbangan kepada rakyat Palestin yang terjejas akibat serangan Israel.

Bagaimanapun, tindakan Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew tidak mengemas kini laman sosial miliknya sejak berlepas ke Mesir menimbulkan kerisauan buat masyarakat negara ini khusus pengikutnya.

Kementerian Luar Negeri sedang periksa perkembangan semasa Ebit Lew

Susulan itu, memetik keratan akhbar Sinar Harian, Kementerian Luar Negeri sedang mendapatkan perkembangan terkini mengenai pendakwah terkenal itu yang kini difahamkan masih berada di Gaza dalam misi kemanusiaan bagi membantu rakyat negara terbabit.

Jelas Timbalan Menteri Luar Negeri iaitu Datuk Kamarudin Jaafar, pihaknya akan memeriksa lanjut tarikh penerbangan pulang pendakwah itu ke tanah air dan sehingga kini  mereka juga sedang memeriksa perkembangan semasa Ustaz Ebit Lew di sana.

 

Misi kemanusiaan terima kelulusan

Sebelum ini, Kamarudin dalam kenyataan pada 26 Mei lalu memaklumkan misi kemanusiaan untuk rakyat Palestin yang dirancangan oleh delegasi Ebit Lew mendapat kelulusan perjalanan dan tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) semasa.

Ujarnya, segala persiapan dan persediaan dilakukan oleh pihak Ebit Lew sendiri, menerusi kerjasama rapat dengan rakan NGO di Mesir.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen