Pukul isteri ketika hamil, lelaki berjaya diberkas polis selepas 38 hari bersembunyi

Media melaporkan seorang lelaki yang sebelum ini diburu polis selepas disyaki memukul isterinya yang sedang hamil sehingga koma berjaya dicekup pihak berkuasa pada Jumaat.

Bertindak agresif ketika tangkapan

Memetik akhbar Kosmo, suspek itu dipercayai hidup merempat dengan menumpang rumah kenalan selama 38 hari semata-mata mahu mengelak daripada ditangkap pihak berkuasa namun, usaha tersebut tidak berjaya apabila dia ditahan semasa keluar membeli makanan dengan menunggang motosikal di Bandar Tun Razak sekitar jam 11 pagi semalam.

Dalam kejadian tersebut, suspek dikatakan bertindak agresif semasa tangkapan dibuat apabila dia melanggar motosikal yang ditunggang anggota polis.

"Berlaku pergelutan di lokasi tersebut, namun tiada anggota yang mengalami kecederaan."

Tangkapan ke atas lelaki itu adalah hasil risikan sepasukan pegawai dan anggota Pasukan Siasatan Khas (D9), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman sejak beberapa hari lalu.

Siasatan sedang dijalankan

Bagaimanapun, sebaik tangkapan, suspek telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bharu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan sekaligus melakukan ujian saringan air kecing ke atas lelaki terbabit.

Terdahulu, seorang wanita yang bertugas sebagai penjawat awam teruk dibelasah oleh suaminya dalam keadaan dia sedang hamil anak pertama. Walaupun wanita terbabit selamat namun dia masih bertarung nyawa di rumah selepas pihak hospital menasihati ahli keluarga untuk membawanya  pulang.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen