Anjur majlis kahwin dalam tempoh PKP, tuan rumah dan jurugambar dikompaun RM2,000

Sikap degil sebahagian rakyat Malaysia yang gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika masih dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akhirnya membawa padah.

Nasib malang itu telah menimpa sebuah keluarga yang menganjurkan majlis kahwin bagi meraikan anak lelakinya bilamana kegiatan tersebut telah dikesan ketika pasukan polis menjalankan operasi pemantaun SOP semalam dan mendapati sebuah rumah dipercayai mengadakan aktiviti sosial. 

Tuan rumah dan jurugambar dikompaun

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara iaitu Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, pemeriksaan mendapati 19 ahli keluarga termasuk pasangan pengantin dan seorang jurugambar berada dalam keadiaman itu.

"Tindakan itu melanggar SOP berikutan majlis perkahwinan adalah aktiiviti yang tidak dibenarkan pada ketika ini."

"Justeru, penganjur majlis (tuan rumah) dan juga jurugambar masing-masing dikompaun RM2,000 atas kesalahan berkenaan."

-Noorzainy-

Pihak polis luah rasa terkilan

Jelas beliau lagi, pihaknya turut terkilan kerana terdapat individu yang masih gagal mematuhi SOP dengan menganjurkan majlis yang tidak dibenarkan.

Ujarnya sikap individu sebegini menjadi asbab kegagalan kepada kerajaan yang masih berusaha keras untuk menghentikan virus Covid-19 ini.

"Polis tidak akan berkompromi dan sentiasa akan membuat pemantauan dengan mengambil tindakan kepada mereka yang ingkar."

-Noorzainy-

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen