Janji tak ulangi lagi, tiga pemuda pesenda azan & ayat al-Quran mohon maaf

Oleh: Zuzu Yasmine

Baru-baru ini tular video tiga orang lelaki yang dipercayai terlibat dalam satu rakaman video seolah-olah mempersenda azan dan ayat suci al-Quran telah tampil membuat pemohonan maaf.

Menerusi laporan Kosmo Online! Ketiga-tiga mereka membuat naik rakaman video yang mengakui kesilapan telah mereka lakukan dan meminta maaf kepada seluruh umat Islam Malaysia.

Menurut salah seorang pemuda yang dikenali sebagai Ruban, dia memohon maaf kepada semua umat Islam di atas kesilapannya.

“Saya tiada niat perli umat Islam. Dalam video itu saya tidak boleh menahan kepedasan apabila kami mengadakan “challenge” (makan pedas) lalu saya letak kedua-dua tangan di telinga dan pada masa itu kawan saya suruh saya mengulanginya sambil membuat (rakaman) video.


“Dia melafazkan ayat yang memang tidak sepatutnya. Saya kecewa atas apa yang berlakunya dalam video tersebut. Saya memohon maaf di atas kesilapan kami dan berjanji tidak mengulanginya lagi,” katanya.

Dalam pada itu, rakannya yang hanya dikenali sebagai Brandon Eng pula berkata, dia sebagai individu yang merakam video itu turut memohon maaf di atas kesilapan yang dia lakukan.

Katanya dia merakam video itu untuk tujuan ‘main-main’ dan tidak tahu ia sesuatu yang serius.

“Saya sepatutnya tidak boleh melafazkan ayat tersebut. Tolong maafkan kami dan kami tidak akan melakukan perbuatan seperti ini selepas ini,” ujarnya.

Manakala pemuda dikenali sebagai Ryan berkata, dia berasa kecewa dengan apa yang berlaku dalam rakaman video tersebut.

Jelasnya, dia dan rakan-rakannya menghormati dan mencintai semua agama di Malaysia, maka mereka meminta maaf dengan sepenuh hati.

Sebelum ini tular satu rakaman video berdurasi 31 saat menunjukkan beberapa lelaki kelihatan seperti mempersenda azan dan ayat suci al-Quran tular di media sosial.

Perbuatan itu menerima kecaman orang ramai yang mahu Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan terhadap mereka di atas dakwaan menghina Islam.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen