"Tak ngaku pecahkan blender isteri..." -Netizen syak Shukri Yahaya terbawa watak 'Nazril in real life'

Oleh: Zuzu Yasmine

Pasangan romantis pelakon Shukri Yahaya dan isteri, Tya Adnan sememangnya menjadi perhatian netizen. Lebih-lebih lagi apabila ramai yang mendakwa sikap pelakon tersebut seakan ‘Khuzairi ini real life’.

Drama siapa pecahkan blender

Terbaru, menerusi sesi live di Instagram Tya Adnan, gelagat pasangan ini sekali lagi menjadi perhatian apabila mereka dikatakan ‘bertekak’ tentang blender yang pecah di rumah mereka.

Perkara tersebut menjadi perkara berbangkit selepas seorang penonton live mereka bertanyakan soal blender tersebut.

Lebih kelakarnya, perkara ini masih tidak dijumpai ‘pelaku’ walaupun sudah tiga hari berlalu, malah kali ini Tya seakan tekad mahu mendenagr suaminya mengaku atas kejadian tersebut.

Bagaimanapun, Shukri Yahaya tetap dengan pendiriannya untuk tidak mahu mengaku salah selain menafikan setiap tuduhan yang dinyatakan oleh isterinya.

Kerap jatuhkan barang 

Selain mendakwa tiada ‘suspek’ lain dalam ahli keluarga, rasa curiga Tya juga semakin kukuh apabila suaminya sebelum ini kerap menjatuhkan barang lain.

Namun, Shukri Yahaya tetap tidak mahu mengalah bahkan meminta netizen memberitahunya di mana ada jual blender murah agar dia boleh beli secara borang sebagai simpanan.

Ni Naz punya perangai

Sehubungan itu, netizen terhibur akan gelagat pelakon tersebut yang langsung tidak menunjukkan reaksi bersalah malah ada juga yang merasakan bahawa Shukri Yahaya terbawa-bawa watak dalam drama Rindu Awak Separuh Nyawa yang bakal tamat tak lama lagi.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen