Sikap degil bawa padah, 54 individu dikompaun RM2,000 ketika 'joging'

Umum sedia maklum bahawa kini kerajaan masih dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dan itu bermakna tiada sebarang aktiviti berkumpulan dibenarkan sepanjang tempoh tersebut bagi mengekang penularan wabak Covid-19 ini.

Sikap degil bawa padah

Pun begitu, nampaknya masih ada sebahagian daripada rakyat yang berdegil untuk terus patuh SOP dan akhirnya membawa padah apabila seramai 54 individu didapati melepak beramai-ramai dan berjoging di Jambatan Raja Nala.

Susulan kejadian tersebut, kesemuanya telah dikompaun sebanyak RM2,000 setiap seorang yang membawa nilai keseluruhannya adalah RM108,000 pada Ahad.

Berjoging dan melepak  beramai-ramai

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan iaitu Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli memaklumkan pihaknya yang bergegas ke lokasi mendapati ramai orang awam telah meletakkan kenderaan berdekatan tempat halangan batu dan berjoging serta melepak di atas jambatan tersebut yang telah ditutup sepanjang pelaksanaan PKP 3.0.

"Pegawai pasukan pematuhan kemudiannya telah menghubungi pusat kawalan berkaitan Covid-19 peringkat Kontinjen Selangor dan mendapat arahan untuk mengeluarkan kompaun kepada mereka yang berada di lokasi tersebut."

"Bantuan turut diberika daripada pasukan pematuhan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor."

-Shamsul Amar Ramli-

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen