Mengadu sakit kepala & sesak nafas, pemuda pernah tular kongsi 'family' positif Covid-19 meninggal dunia

Oleh: Zuzu Yasmine

Pandemik Covid-19 sememangnya sangat memberi kesan kepada semua orang, terutama buat mereka yang kehilangan insan tersayang dalam hidup.

Sebelum ini, tular satu perkongsian seorang pemuda yang memaklumkan bahawa dari tujuh orang ahli keluarganya, hanya tinggal 3 sahaja di dalam rumah selepas empat daripadanya disahkan positif Covid-19 pada Januari lalu.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian di laman Twitter dan tular selepas salah seorang ahli keluarganya meninggal dunia akibat Covid-19.

Kakak maklumkan adik telah ‘pergi’

Bagaimanapun, siapa sangka khabar duka yang dikongsi tidak terhenti di situ apabila kakak pemuda tersebut memaklumkan bahawa pemuda berkenaan juga telah dijemput Ilahi hari ini.

Menerusi laman Twitter @ulttlemonron menyatakan bahawa adiknya, Amirul Aqmal telah kembali kerahmatullah pagi tadi selepas mengadu sakit kepala dan sesak nafas secara tiba-tiba.

Nampak sihat, sempat tengok bola

Menurut kakak pemuda itu, mereka sekeluarga terkejut dengan pemergian tersebut memandangkan allahyarham berada dalam keadaan sihat sebelum ini, bagaimanapun tidak manyangka bahawa dia akan pergi selamanya pagi tadi.

Cuba beri bantuan kecemasan

Kongsinya lagi, mereka sekeluarga telah sedaya upaya membantu memberikan bantuan kecemasan sebelum ambulans tiba namun, allahyarham telah pergi di hadapan keluarganya.

Lebih sayu lagi apabila barang yang dipesan oleh pemuda berkenaan baru sahaja sampai dan belum dibuka olehnya lagi.

Salam takziah

Justeru itu, rata-rata warganet telah mengucapkan takziah kepada keluarga pemuda berkenaan selain turut bersedih di atas pemergian pemuda itu.

Malah, warganet juga turut terkejut akan pemergian tersebut kerana perkongsian dari arwah masih lagi segar diingatan.


 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen