Beri petanda sebelum kemalangan, suami rela diseret kereta demi selamatkan isteri & anak dalam kandungan

Oleh: Zuzu Yasmine

Betul orang kata, kasih sayang seorang ayah akan dibawa hingga ke syurga. Pergorbanan mereka ini sangat tidak ternilai bagi memastikan anak-anak mendapat pelindungan yang sepatutnya.

Kisah hitam dalam hidup

Seperti perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Najwa Karim ini apabila diuji dengan kehilangan suami tersayang demi menyelamatkan dirinya serta anak dalam kandungannya.

Dalam video yang dimuat naik itu, Najwa mengimbau kembali saat dia hamil lapan bulan dan terlibat dalam kemalangan motosikal bersama arwah suaminya.

Suami diseret kereta

Menurut ibu muda ini, arwah suami telah diseret oleh sebuah kereta berikutan untuk menyelamatkan Najwa dan anak dalam kandungan. Malah, disebabkan kemalangan itu, suaminya ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dia terpaksa melahirkan anak ketiga secara czer tanpa suami di sisi.

“Kisah hitam dalam hidup mama. Yusuff dalam kandungan 8 bulan, mama dengan ayah terlibat dalam kemalangan.

“Mama terselamat kerana ayah, tapi sebab ayah selamatkan kita ayah diseret kereta,” tulisnya.

Jaga sampai akhir nafas

Katanya lagi, ketika tempoh berpantang dia tetap menunaikan janji untuk menjaga arwah suaminya meskipun pada ketika itu suaminya sudah terlantar di atas katil.

“Lepas mama habis pantang, mama terus jaga ayah. Mama tunaikan hasrat ayah nak jadi suami mama sampai dia tutup mata. Walaupun ayah mampu buka mata, tapi ayah tak mampu bangun,” ujarnya lagi.

Reda pemergian suami tercinta

Bagaimanapun, Allah lebih menyanyangi suami dan dia reda akan pemergian suami tercinta menghadap illahi.

“Menguruskan ayah adalah satu rezeki bagi mama.  Sehingga satu saat Allah lebih sayangkan ayah,” katanya.

Beri petanda

Dalam video yang lain pula, Najwa turut berkongsi cerita bahawa suaminya seakan memberi petanda terakhir seolah-olah tahu bahawa mereka akan terlibat dalam kemalangan.

“Abiy taknak makan, tapi saya paksa abiy makan bersama. Kita makan berdua dan kongsi air dalam cawan yang sama.

"Sampai di bukit abiy pesan jangan turun kaki awak walapun apa yang terjadi. Tiba-tiba satu van sekolah dari arah bertentangan meluru laju dan bergesal dengan side mirror abiy,” kongsinya.

Semoga terus kuat & tabah!

Sehubungan itu, rata-rata warganet kagum akan ketabahan wanita ini selain turut memberi kata-kata semangat agar dirinya terus kuat berdepan dengan dugaan dalam membesarkan anak-anak.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen