Berjauhan sejak PKP, kawan baik tampil hulur bantuan hantar ayah pergi vaksin

Umum sedia maklum bahawa kini sedang berlangsungnya program pemberian vaksin kepada orang ramai di seluruh negara bagi mencapai imuniti kelompak sekaligus sebagai usaha mengekang penularan virus Covid-19 ini.

Bagaimanapun, menjadi sedikit kerisauan dalam kalangan anak-anak di luar sana apabila mengenangkan nasib mak ayah di kampung yang terpaksa menguruskan diri sendiri untuk menerima vaksin dalam keadaan usia mereka yang makin meningkat dan kudrat mereka yang semakin lemah memandangkan kita semua tidak dibenarkan untuk merentas negeri.

Member tolong hantar ayah ambil vaksin

Seorang pengguna Tiktok telah berkongsi kisah bilamana kawan baiknya juga mengalami nasib yang sama apabila tidak dapat menghantar ayahnya untuk mengambil vaksin kerana tidak menerima kebenaran untuk pulang ke kampung.

Jadi, dia meminta bantuan untuk menghantar ayahnya ke pusat vaksinasi memandangkan mereka berkawan rapat dan keluarga mereka juga saling mengenali antara satu sama lain.

Tindakan tersebut amat wajar dijadikan contoh dan tauladan untuk semua orang lebih-lebih lagi dalam situasi seperti ini bilamana ahli keluarga terpaksa berpisah dan saling berjauhan, siapa lagi yang boleh diharap jika bukan kenalan terdekat atau jiran-jiran.

'Moga Allah mudahkan urusan awak'

'Murah rezeki awak tolong orang'

'Best dapat kawan macam ni'

 

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen