"Tak sangka ada episod lain lepas jumpa aiskrim..." -Pemuda imbau kenangan bersama bapa buat netizen sebak

Oleh: Zuzu Yasmine

20 Jun merupakan Hari Bapa di Malaysia, malah semalam jika dilihat ramai yang mengambil kesempatan membuat ‘surprise’ atau memberi ucapan bagi menghargai pengorbanan bapa.

Tentunya masing-masing begitu berterima kasih dan menghargai segala pengorbanan yang dilakukan oleh bapa mereka.

Hadiah buat Hari Bapa

Sehubungan dengan itu, tular satu video dimuat naik oleh pengguna aplikasi TikTok dikenali sebagai Ahmaad Safuan yang menyentuh hati waragnet bersempena Hari Bapa.

“Hari ni saja je la tanya Abah nak apa...

“Dia tak minta banyak. Dia just teringin aiskrim. Wow senangkan...” kongsinya.

Misi cari aiskrim

Menerusi video tersebut, dia berkongsi kisah saat menunaikan keinginan bapanya untuk menikmati aiskrim berperisa vanilla yang membuatnya dia mencari di seluruh kedai runcit berhampiran rumahnya.

“Dia teringin aiskrim Vanilla Walls...”

Teruja berjaya tunaikan keinginan bapanya, dia sempat berkongsi moment bapanya menikmati aiskrim tersebut bersama cocktail.

“Masa ni Abah dah tak sabar dah nak makan. Yelah cravingkan. Kita kena faham.

“Abah dah senyum time ni, fuh puas tu Abah makan. Siap ambil cocktail lagi,” ujarnya.

Malah, dia juga sempat mengucapkan selamat hari bapa selain meluahkan rasa sayang kepada bapanya bersempena Hari Bapa semalam.

“Selamat Hari Bapa abah! Sayang Abah,” luahnya.

“Tapi sayangnya, ini cuma bayangan abang...”

Walau bagaimanapun, rupanya itu sekadar bayangan yang pernah dia lalui sebelum ini dan dia berkongsi sedikit ketika bapanya di hospital serta moment akhir dalam perjalanan ke rumah abadi.

Tak sangka ada episod lain

Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet turut sebak melihat perkongsian tersebut selain tidak sangka terdapat plot twist di video berkenaan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen