Hampir sedekad hilang, Anita Sarawak & suami mahu hidup yang normal

Oleh: Zuzu Yasmine

Tentunya ramai yang tercari-cari penyanyi lagenda Anita Sarawak ini. Bukan sahaja merindui hasil seninya namun ingin tahu keadaan penyanyi itu ketika ini.

Umum tahu bahawa hampir sedekad, artis tersohor kelahiran Singapura yang menempah kemasyhuran di Malaysia selain pernah berhijrah ke Las Vegas, Amerika Syarikat pergi ‘membawa diri’ tanpa dapat dikesan oleh media.

Sudah pelbagai cara wartawan hiburan cuba menjejaki Anita dan suaminya, Mahathir Abdullah, namun, tidak ada sebarang petunjuk di mana kedudukan mereka.

Bagaimanapun, menerusi laporan Astro Awani sebaris jawapan yang ditulis oleh Mahathir kepada mesej yang dikirim wartawan hiburan, Shuib Taib di akaun Instagramnya menjawab segala tanda tanya ramai.

“Thank you so very much Shuib. We miss you,” demikian jawapan yang ditulis Mahathir sebagai membalas kiriman ucapan hari lahir daripada Shuib buatnya.

Meskipun hanya pendek jawapan itu, namun mesej yang dibalas Mahathir juga memberi kelegaan kepada Shuib yang sememangnya akrab dengan pasangan itu.

“Abang Mahathir dan Kak Nita sihat seadanya, mereka mahu menikmati hidup yang normal,” kata Shuib berkongsi cerita dengan Astro AWANI tanpa memaklumkan di mana pasangan itu kini menetap.

Untuk makluman, penyanyi terkenal dengan lagu Seksis ini merupakan anak kepada seniman dan seniwati legenda, Allahyarham Datuk S Roomai Noor dan Allahyarham Siput Sarawak mesra disapa sebagai Kak Nita manakala suaminya pula dikenali sebagai Abang Mahathir.

Malah, Shuib yang merupakan wartawan tanah air dikenali sebagai individu yang sangat rapat dengan Anita atau nama sebenarnya, Ithnaini Mohamed Taib.

Shuib pernah berkhidmat dengan akhbar New Straits Times, selain sering menulis mengenai penyanyi yang pernah popular dengan lagu Akhirnya Kini Pasti dan Cinta Nan Satu itu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen