Tetap curi masa salin nota & belajar secara 'online', semangat 'rider' buat netizen kagum

Oleh: Zuzu Yasmine

Boleh dikatakan ketika ini ramai yang berjuang untuk meneruskan hidup masing-masing. Baik mereka yang bekerja ataupun belajar.

Struggle kerja dan belajar

Baru-baru ini, tular satu video seorang ‘rider’ tetap mengikuti kelas secara ‘online’ meskipun pada ketika itu sedang menunggu giliran untuk menghantar makanan.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna laman Twitter, memaparkan pemuda berkenaan kalut menyalin nota selain turut fokus mendengar ajaran gurunya melalui telefon bimbitnya.

Difahamkan, perkara tersebut dirakam oleh salah seorang rider yang berada di situ selain kagum dengan semangat juang pemuda berkenaan.

“Bila ada online class masa kerja...” kongsi rakannya itu.

Siapa kata 'fresh graduated' pilih kerja

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet turut kagum melihat semangat pemuda berkenaan selain mendoakan kejayaan buatnya.

Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman sama dimana pernah bekerja sambil belajar demi meneruskan hidup selain tidak mahu membebankan ibu bapa.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen