Sanggup jalan kaki sambil dukung anak demi selipar Frozen, kisah dua beranak undang sebak ramai

Oleh: Zuzu Yasmine

Pengorbanan ayah sememangnya tiada tandingannya. Sanggup membanting tulang empat kerat demi anak tersayang.

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan seorang bapa dan anak perempuannya berjalan kaki demi mendapatkan selipar keinginan anaknya.

Jalan kaki sambil dukung anak

Menerusi video dimuat naik di aplikasi TikTok dikenali sebagai @annerich123, dia berkongsi sedikit kisah berkenaan lelaki berserta anaknya yang ditemui ketika dalam perjalanan balik dari sebuah kedai.

Dia yang bersimpati dengan dua beranak berkenaan telah memilih untuk menumpang mereka di dalam keretanya sambil bertanya ke mana arah tujunya.

Teruja tiba di kedai yang diinginkan, si bapa terlihat begitu bersungguh-sungguh mencari selipar buat anaknya, namun malang tiada di kedai berkenaan.

Bantu belikan barang keperluan

Dalam video yang lain pula, wanita tersebut sempat berkongsi rezeki dengan dua beranak ini selepas mengetahui bahawa barang keperluan mereka berkurangan.

Pakcik nak sepasang boleh?

Tidak mahu si anak pulang dengan rasa kecewa, wanita berkenaan telah membawa dua beranak ini ke kedai lain untuk mencari selipar yang diinginkan.

Lebih sebak lagi apabila si bapa tiba-tiba meminta izin untuk mengambil sepasang buat dirinya memandangkan miliknya telah lusuh.

Teruja dengan selipar baru yang diterima dua beranak ini dilihat segera menyarung selepas keluar dari kedai berkenaan sebelum dihantar pulang oleh wanita ini.

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet mendoakan agar wanita berkenaan dimurahkan rezeki selain kagum dengan kasih sayang seorang ayah terhadap anaknya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen