Tak puas hari berniaga di sebelah khemah, wanita kecewa barang jualan diterbalikkan

Oleh: Zuzu Yasmine

Ramai yang terjejas disebabkan Pandemik yang masih tidak tahu bila akan berakhir. Ada yang kehilangan punca pendapat hingga menyebabkan membuat pilihan untuk berniaga secara kecil-kecilan.

Namun begitu bukan mudah nak mulakan perniagaan, selain bersaingan dengan peniaga lain ada juga yang tidak selesa dengan kehadiran peniaga baru.

Barang dagang diterbalikan

Seperti yang dilalui wanita ini apabila terpaksa menanggung rugi apabila barang jualanya di tumpahkan oleh seseorang yang dipercayai peniaga di sebelah khemahnya.

Kejadian tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna aplikasi TikTok dikenali sebagai @NurulAnuar yang memaparkan seorang wanita mengutip barang jualan yang tumpah di atas tanah.

Cuma berniaga disebelah khemah

Dalam pada itu, NurulAnuar juga mempersoalkan kesalahan yang dia lakukan memandangkan dia hanya berniaga disebelah khemah pihak berkenaan.

“Kak, apa salah saya kak? Saya cuma berniaga sebelah khemah akak...” ujarnya.

Sedih akan perkara yang berlaku, wanita berkenaan meluahkan rasa kecewa selain menyatakan bahawa tujuannya berniaga juga ingin meneruskan hidup seperti pihak tersebut.

“Saya pun macam akak berniaga nak teruskan hidup, tapi kenapa akak terbalikan barang dagangan saya?

“Kita berniaga benda yang berbezakan?” luahnya.

Dia tak percaya rezeki

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet bersimpati akan nasib wanita berkenaan selain turut menasihati agar dirinya memilih tempat lain untuk berniaga.

Malah, ada juga yang turut berharap agar wanita tersebut kuat dan sabar berdepan dengan ujian dalam perniagaan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen