"Aku kena saman lagi..." -Lan Solo kesal kerap terima aduan operasi premis halang jalan

Bagi yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa vokalis kumpulan muzik 'Kristal' suatu ketika dahulu iaitu Lan Kristal atau kini lebih dikenali sebagai Lan Solo pasti tahu kini penyanyi tersebut sedang bergiat aktif dalam bidang perniagaan.

'Aku kena saman lagi'

Kedai yang diberi nama Solo Borneo Mart kini terdapat di beberapa buah cawangan dan yang terbaharu dia telahpun membuka cawangan kedainya di Puchong Prima.

Bagaimanapun, terdapat sedikit konflik di premis berkenaan apabila Lan memaklumkan bahawa dia kerap terima aduan berkenaan dengan operasi premisnya sejak bertapak di situ sehingga melibatkan campur tangan pihak berkuasa.

 

Perkongsian itu telah dimuat naik olehnya di laman Facebook miliknya yang mana dia sebagai pemilik kedai meluahkan rasa kesal terhadap situasi yang sedang menimpa diri dan perniagaannya ketika ini.

"Aku tahu orang sekitar ni juga yang buat aduan, aku pun tak tahu apa masalah kau ni, berapa kali dah aku kena macam ni."

"Aku doakan moga urusan korang dipermudahkan dunia akhirat."

-Lan Solo-

Kontena hantar stok halang jalan

Menurut Lan lagi, aduan yang diterima olehnya adalah berkaitan dengan kontena yang membawa barang kedainya menghalang laluan lintas jalan selain memaklumkan bahawa laluan kaki lima juga dihalang oleh barang jualannya lebih-lebih lagi apabila stok baru sampai.

"Aku terima aduan kontena datang pukul 7 pagi, ya betul tapi pengoperasian kitaorang ikut SOP, kitaorang akan punggah barang jam 8 pagi."

"Lagi satu, nak punggah barang dari kontena tu ambil masa 2 ke 3 jam. Lagipun bukan selalu kontena sampai, sebulan sekali je itupun kalau ya datang sebulan sekali."

-Lan Solo-

Begitulah asam garam dalam berniaga. Walau apapun diharapkan bisnes yang sedang diusahakan bertambah maju dan dipermudahkan dalam segala urusan lepas ni.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen