Berkaki ayam keluar rumah, anak luah rasa rindu pada ayah, harap sihat macam dulu

Memiliki ibu atau ayah yang masih hidup merupakan satu anugerah yang tidak ternilai kerana tak semua orang diberi peluang untuk merasa kasih sayang mereka sejak dari kecil lagi dan jelas sekali kita perlu mensyukuri perkara tersebut dengan cara menjaga kebajikan mereka dalam apa juga keadaan mereka ketika itu.

Anak kejar ayah keluar rumah berkaki ayam

Seorang pengguna Tiktok yang dikenali sebagai Marfika ada berkongsi kisah yang dilalui oleh adik beradiknya apabila perlu menjaga ayah yang sedang sakit.

Jika dapat dilihat video tersebut menyaksikan tindakan ayahnya yang keluar rumah tanpa memakai selipar untuk ke masjid walaupun sudah dihalang oleh anaknya.

Alami perubahan emosi

Menurut perkongsian video tersebut juga dapat diketahui bahawa ayahnya menghidapi sakit yang tiada penawarnya yang mana dalam masa yang sama dia akan mengalami perubahan emosi secara tiba-tiba dan cepat sensitif.

'Tipulah tak rindu ayah dulu'

Melihat perubahan si ayah, hati anak mana yang tak terkesan dengan nasib yang menimpa ayahnya yang sebelum ini sihat dan ceria diuji dengan penyakit seperti itu. Di samping itu, dia juga akui rindu akan perwatakan dan gelagat ayahnya yang dulu.

Namun, perlu akur dengan ketentuan ilahi sekaligus meminta orang ramai untuk mendoakan kesihatan ayahnya.

 

'Moga dipermudahkan urusan'

Meninjau pula ke ruangan komen, rata-ratanya meluahkan rasa sebak susulan melihat perkongsian video oleh Marfika sekaligus berharap agar dikurniakan kesabaran dalam menjaga mak ayah yang mungkin senasib dengannya.

'Moga pak cik sentiasa sihat'

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen