"Saya berusaha keras nak dapatkan zuriat sendiri..." -Kecewa dipanggil mandul Elizad buat laporan polis

Oleh: Zuzu Yasmine

Rezeki zuriat dan jodoh adalah satu perkara yang sangat sensitif, terutama selepas melakukan pelbagai usaha untuk memastikan apa yang diinginkan itu membuahkan hasil.

Kecewa dengan pengguna laman Facebook yang dipercayai mengelar dirinya mandul, pelakon dan juga pengacara, Siti Elizad bertindak membuat laporan laporan polis terhadap indivdiu berkenaan.

Buat laporan polis

Difahamkan, individu terbabit juga turut menghina pelakon dan pengacara tersebut dengan kata-kata kesat berikutan masih belum mempunyai zuriat.

Sedih akan apa yang dikatakan oleh indivdiu berkenaan, pelakon berusia 37 tahun ini nekad memfailkan laporan di Balai Polis Bukit Jalil kerana tuduhan tersebut telah melukakan hatinya sebagai seorang wanita dan isteri.

“Pertamanya, jarang-jarang hendak melayan komen-komen bodoh begini tetapi bila dia guna perkataan ‘mandul’, sangat melukakan hati saya.

“Kau Allah SWT ke yang tahu aku ini mandul atau tidak boleh beranak? Menggigil dan terketar-ketar tangan ketika ini,” tulisnya dalam satu hantaran Instagram.

Rezeki anak kerja Allah

Menurut Elizad atau nama sebenarnya Siti Elizad Mohamad Sharifuddin, tuduhan tersebut terlalu kejam sehingga membuatkan jantungnya seperti hendak gugur.

“Jantung rasa nak tercabut, sedih yang teramat sangat! Kau sukakah kalau tengok saya bercerai-berai sebab belum ada zuriat?

“Saya menangis ketika menaip semua ini, awak tahu ke saya solat atau tidak? Bersedekah, mengaji, atas sejadah dan semua amalan perlu dikongsi ke? Lain orang lain caranya.

“Saya tidak perlukan perhatian murahan seperti ini kerana sudah bahagia dengan kehidupan sekarang. Rezeki anak itu semua kerja Allah,” ujarnya lagi.

Dah berusaha

Elizad juga menegaskan bahawa perkataan mandul tidak boleh digunakan memandangkan selama ini dia sudah berusaha keras, bahkan pernah mengandung untuk mendapatkan zuriat.

“Saya berusaha keras bagai nak mati untuk dapatkan zuriat sendiri. Hari-hari menangis dalam solat minta pada Allah agar jangan biarkan berseorangan tanpa zuriat.

“Bertahun-tahun jumpa doktor pakar, pergi seluruh pelusuk berubat, cucuk sana-sini, sakit tahu tak? Kau pula senang-senang gelar aku pu****k dan mandul,” tulisnya lagi.

Sebelum ini, Elizad pernah menjalani proses rawatan kesuburan In vitro fertilisation (IVF) bagi mendapatkan cahaya mata pada September tahun lalu namun disahkan mengalami keguguran pada November.

Untuk rekod, Elizad mendirikan rumah tangga bersama Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen