Diam-diam buat kerja, Mawar Rashid tak keruan tengok anak main 'make-up' sampai hancur

Bagi para ibu yang mempunyai anak-anak yang masih kecil pastinya agak mencabar untuk menangani mereka lebih-lebih lagi apabila anak mereka tergolong dalam golongan kanak-kanak yang agresif kerana pada ketika itu mereka di satu fasa yang mana membuak-buak sifat ingin tahu dan mencuba banyak benda yang ada di sekitar mereka.

'Anak aku buat hal!'

Susulan itu, seorang selebriti ini nyata tidak terkecuali mendepani situasi tersebut apabila anaknya bertindak merosakkan peralatan solek miliknya tanpa pengetahuan ketika berada di dalam kereta. 

Reaksi anak chill macam tak bersalah

Detik-detik kejadian telah dikongsikan oleh Mawar Rashid di laman Tiktok sekaligus menunjukkan reaksi anaknya, Rafael yang tersipu-sipu melihat si ibu menjerit tak keruan apabila barang 'make-up' kesayangannya musnah di tangan anak.

Kereta adik jadi mangsa

Dalam perkongsian lain, Mawar sempat merakam reaksi adiknya sebelum tolong kemas debu-debu warna warni yang memenuhi ruangan depan kereta beserta dengan tulisan menyatakan permohonan maafnya pada entri tersebut atas kejadian yang berlaku.

 

'Kalau anak perempuan dah calit kat muka'

Meninjau ke ruangan komen, rata-ratanya faham dengan situasi yang para wanita di luar sana alami apabila mengetahui barang peribadinya rosak lebih-lebih lagi apabila barang tersebut merupakan barang kesayangan milik mereka.

'Sound boleh buat alarm'

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen