"I like this new daddy..." -Nabil Ahmad sebak dengar luahan anak lepas sertai tabligh

Keputusan seorang pengacara dan pelawak iaitu Nabil Ahmad untuk menyertai tabligh nyata memberi kesan bukan sahaja kepada diri serta seluruh ahli keluarga bahkan juga kepada peminat yang selalu mengikuti perkembangan semasa dirinya.

Kongsi pengalaman lepas sertai tabligh

Dalam sebuah temu bual Nabil bersama dengan seorang pakar motivasi, dia berkesempatan menceritakan kisah penghijrahannya dan juga perubahan dirinya selepas mengambil keputusan untuk menyertai kumpulan tersebut.

Sebak dengan luahan anak

Menurut artis kelahiran Negeri Sembilan itu, selain melihat perubahan demi perubahan yang dialaminya, Nabil juga tidak menyangka dalam diam rupanya anaknya berusia 8 tahun turut meluahkan rasa sukanya akan perubahan ke atas bapanya.

"Satu hari tu anak saya tanya, daddy nak pergi mengaji ke sebab dia nampak saya kemas-kemas baju padahal masa tu saya nak pergi tabligh kali kedua tapi saya iyakan jelah."

"Saya sebak bila dia kata 'I like this new daddy, dia kata yang ini more better daripada sebelum ni."

"Saya menangis bila dia cakap macam tu, tak sangka anak yang baru umur 8 tahun boleh cakap macam tu, dia kata daddy selalulah pergi ngaji, dia suka."

-Nabil Ahmad-

Dalam pada itu, dia akui menangis tatkala mendengar kata-kata si anak dan selain meluahkan rasa syukur di atas peluang yang diberi kepadanya untuk menjadi seorang insan dan ketua ketua keluarga yang lebih baik.

'Menitis air mata'

'Budak boleh nampak apatah lagi dimata Allah'

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen