Ibu berdepan detik cemas anak tertelan pin tudung

Seorang pengguna Tiktok menggunakan nama Hidayu Zahemi telah berkongsi sebuah video di platform tersebut beserta dengan kapsyen memohon doa orang ramai agar anaknya selamat selepas berdepan dengan detik cemas ke atas kanak-kanak tersebut

Cemas anak tertelan pin tudung

Dia yang selesa disapa Ayu memaklumkan bahawa anaknya telah tertelan pin tudung dan kini sedang mendapatkan rawatan di hospital untuk mengeluarkan pin tersebut.

Mohon doa agar pin segera keluar

Susulan itu, menerusi posting terbaru Ayu mengkhabarkan bahawa hasil pemeriksaan ke atas anaknya mendapati pin tudung tersebut telah sampai ke bahagian usus sekaligus meminta doa orang ramai agar ianya segera keluar melalui proses pencernaan dan tiada sebarang perkara serius berlaku.

Dalam pada itu, diingatkan juga kepada ibu bapa di luar sana agar sentiasa peka setiap aktiviti anak-anak terutamanya yang masih kecil kerana sedia maklum dengan sikap mereka yang agresif sekaligus memerlukan lebih banyak perhatian bagi mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen