Selamat tiba di Mesir, dengan tak tidur Caprice terus melawat Hospital Palestin

Oleh: Zuzu Yasmine

Selepas melalui beberapa jam perjalanan, penyanyi rap Caprice telah selamat tiba di Cairo, Mesir bagi misi kemanusiaan di Gaza, Palestin.

Sejurus sahaja tiba di sana, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli terus bergegas ke Hospital Palestin yang terletak di Mesir bagi melawat ibu dan anak dari Gaza yang memerlukan bantuan perubatan.

Perkara tersebut dikongsikan oleh penyanyi rap itu menerusi akaun Instagram miliknya dengan memuat naik video lawatannya ke hospital.

“Almost 18 jam tak tido, sampai Mesir terus ke Palestine Hospital untuk lawat seorang mak dari Gaza dan anak dia who is on life support dan perlu a brand new mobile ventilator.

“Terima kasih kepada Embassy Malaysia Cairo dan Humanitarian Mission 4 Palestine for the support. Day one complete. Nak tido jap,” kongsinya di ruangan kapsyen.

Melihat ke ruangan IG Story miliknya, penyanyi dan juga usahawan itu sempat tidur selama tujuh jam sebelum bergegas bangun selepas mendengar azan subuh pada jam 3.15 pagi waktu Mesir.

Sehubungan itu, rata-rata pengikutnya mendoakan agar segala urusan Caprice berjalan dengan lancar selain memintanya untuk bertemu dengan Ustaz Ebit Lew yang kini berada di Kaherah, Mesir bagi memasuki Gaza bagi tujuan bantuan kemanusiaan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen