"I hope you happy with this surprise..." -Muat naik foto cincin Zizan Razak dah bertunang?

Hidup sebagai seorang artis memang tak lari dari kontroversi membabitkan kerjaya atau hal peribadi.

Namun, sejauh mana penerimaan selebriti itu untuk menerima kritikan dan kontroversi yang melanda diri mereka adalah berbeza seperti yang berlaku kepada Zizan Razak sebelum ini.

Pernah dilabel jaga jodoh orang

Dia yang merupakan seorang pelakon dan pelawak pernah dihimpit dengan kontroversi membabitkan kisah peribadinya sehingga pernah dilabel menjaga jodoh orang kerana kisah cintanya dengan beberapa orang rakan artis tidak bertemu dengan penghujung yang indah.

Namun, dia tetap tenang menerima kenyataan mereka dan yakin bahawa semuanya sudah ditentukan buat dirinya meskipun usia makin meningkat sementara rakan selebriti lain sudah berumah tangga dan bahagia bersama keluarga masing-masing.

'Doakan semuanya berjalan lancar'

Bagaimanapun, menerusi muat naik hantaran di Insta Story milik Zizan telah menimbulkan pelbagai spekulasi netizen susulan melihat sebentuk cincin, sejambak bunga beserta dengan sekotak lagi hadiah yang tak diketahui isinya untuk diberi kepada seseorang yang istimewa.

Dalam entri tersebut, dia turut menulis agar penerima hadiah itu suka dengan kejutan tersebut sekaligus memohon doa agar semuanya berjalan dengan lancar.

"I hope you happy with this surprise, Doakan semuanya berjalan lancar."

-Zizan Razak-

Menerusi muat naik hantaran tersebut, bukan penerima itu sahaja terkejut, rasanya rata-rata netizen dan peminat juga tak sabar menunggu khabar gembira daripada Zizan selepas ini. Moga semuanya dipermudahkan untuk Zizan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen