Tak pernah rasa kereta baru, ayah sebak terima hadiah kereta dari anak dan menantu

Setiap anak pastinya mempunyai impian ingin membahagiakan ibu bapa mereka dengan cuba untuk memenuhi segala keinginan mereka sebagai tanda membalas jasa atas segala pengorbanan membesar dan mendidik dari kecil hingga menjadi seorang insan yang berguna.

'Tak pernah rasa kereta baru'

Begitulah juga yang ingin dilakukan oleh seorang pengguna Tiktok ini. Dia yang mesra disapa Ain memaklumkan bahawa abahnya tidak pernah merasai memiliki kereta baru sepanjang hidupnya.

 

Hal itu mendorong dia dan suami menyimpan hasrat untuk menghadiahkan ibu dan ayahnya sebuah kereta walaupun menurutnya kereta tersebut tidaklah seberapa tapi itu sudah melebihi cukup bagi mereka berdua.

Sebak terima kereta baru

Selain itu, menerusi video lain yang dimuat naik oleh Ain menyaksikan pula reaksi ibu dan ayahnya sejurusnya mengetahui bahawa si anak telah menghadiahkan mereka sebuah kereta.

Dapat dilihat reaksi si ayah yang tak mampu berkata apa-apa melihat hadiah pemberian anak sekaligus tanpa sedar tidak dapat menahan air matanya sebelum mengesat dengan tangan menahan sebak.

'Moga dapatkan banggakan orang tua'

Susulan itu, apabila meninjau ke ruangan komen rata-ratanya turut ikut sebak melihat perkongsian video oleh Ain sekaligus menyatakan hasrat mereka yang juga ingin diberi kesempatan agar dapat membahagiakan serta memenuhi segala impian ibu ayah mereka.

'Menangis tanda gembira'

 

'Moga anak dimurahkan rezeki'

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen