"Lagu ni deep untuk Sarah dan Shuib..." -Siti Sarah jawab komen individu minta Nabila Razali ganti nyanyi

Penyanyi yang pernah terkenal dengan lagu 'Semakin' iaitu Siti Sarah Raisudin kini tampil dengan lagu terbarunya yang bertajuk Semakin Benci Semakin Cinta dengan membawa sedikit kelainan pada lagu tersebut apabila memilih untuk bergandingan dengan suaminya iaitu Shuib.

Individu minta Nabila Razali nyanyi dengan Shuib

Bagaimanapun, lagu tersebut telah menerima satu komen yang sedikit sensitif daripada individu yang meminta agar lagu tersebut disampaikan oleh Nabila Razali dan Shuib, bukannya dengan Siti Sarah.

Hal ini kerana menurutnya, Nabila Razali merupakan seorang penyanyi baru yang memiliki suara moden sekaligus merasakan bahawa dialah yang lebih layak untuk bergandingan dengan Shuib.

Jawab komen individu berkenaan lagu baru

Tidak berdiam diri, Siti Sarah tampil menjawab komen tersebut di laman Instagram yang memaklumkan bahawa lagu tersebut sangat mempunyai maksud yang dalam buat dirinya dan suami sekaligus menolak kemungkinan untuk memilih penyanyi lain membawa lagu yang menceritakan kisah cinta mereka.

"Sejujurnya lagu ni terlalu deep untuk Sarah dan Shuib, tak mungkin Sarah nyanyi lagu ni dengan orang lain atau Shuib dengan orang lain."

-Siti Sarah-

Terima komen dengan hati terbuka

Dalam pada itu, dia juga memaklumkan bahawa dia terima segala komen daripada orang ramai sekiranya mempunyai kekurangan dalam nyanyian dan tidak juga menafikan bakat Nabila sekaligus memuji caranya berkerja dalam industri hiburan sebagai seorang selebriti dan penyanyi.

"Mungkin adik boleh komen banyak lagi atau lebih jelas, lepasni Sarah perbaiki dan cari cikgu vokal..."

"Sarah terbuka dengan semua komen sebab Sarah sendiri nak majukan diri Sarah."

"Sarah sendiri sebenarnya respect dengan Nabila, dia seorang bakat baru, suka berusaha dan tak mudah putus asa serta pandai cari peluang dalam bidang muzik."

-Siti Sarah-

'Idea tak membantu'

Perkongsian oleh Siti Sarah di laman Instagram telah menerima pelbagai respon daripada rakan artis dan juga pengikutnya di platform tersebut yang rata-ratanya turut tak keruan melihat komen individu terbabit.

 

'Eja nama pun salah ada hati nak komen bitter'

'Vokal Sarah the best!'

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen