Tampil dengan penampilan baru lepas kahwin, wanita syukur suami tak putus asa bimbing

Setiap insan berhak diberi peluang untuk berubah dan mengubah hidup mereka menjadi seorang yang lebih baik kerana bukan tugas kita untuk menghukum sebaliknya sentiasa bimbing mereka.

Tampil dengan penampilan baru lepas kahwin

Seorang pengguna Tiktok yang dikenali sebagai Nurul Adeline tampil berkongsi kisah penghijrahannya selepas berumah tangga di platform tersebut yang menyaksikan beberapa koleksi gambar lamanya yang tidak bertudung dan juga penampilan terbaharunya.

Agak mengejutkan apabila dia terbuka hati untuk memulakan penghijrahannya dengan memakai tudung dan kini masih dalam fasa mencuba untuk mengenakan niqab setiap kali keluar rumah.

Syukur suami sabar mendidik

Selain itu, apa yang membuatkan rata-rata netizen kagum dengan perkongsian tersebut adalah apabila ada seorang lelaki yang bergelar suami di belakangnya yang tak putus asa mendidik dan membimbing isterinya dengan penuh sabar sehingga akhirnya dia terbuka hati untuk berubah.

'The real bimbing hingga jannah'

Perkongsian tersebut meraih lebih 12 ribu tanda suka sekaligus dibanjiri dengan komen yang rata-ratanya mendoakan perubahan beliau dan berharap agar mereka juga diberi kesempatan untuk merasai nikmat penghijaran sepertinya.

'Moga penghijrahan kita dipermudahkan'

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen