Akibat 'laser' tempat salah, pemuda disahkan hilang deria penglihatan seumur hidup

Deria penglihatan merupakan antara deria yang paling penting dalam hidup semua makhluk di atas muka bumi ini bagi memudah serta melancarkan segala urusan harian namun, deria ini jugalah antara deria yang sensitif dan perlu dijaga dengan baik.

Akibat laser kena di bahagian tak sepatutnya

Berikut merupakan kisah yang menimpa seorang pemuda apabila dia disahkan hilang deria penglihatan selepas menjalani pembedahan laser ke atas matanya pada 10 Jun lalu yang mana kisahnya ada dikongsikan di laman Tiktok.

Dia yang dikenali sebagai Wildad memaklumkan pembedahan tersebut dilakukan olehnya untuk merawat saraf matanya yang rosak namun lain pula yang jadi selepas doktor mengesahkan mata kanannya tidak lagi dapat berfungsi dengan normal.

"Doktor pakar kata laser tu kena dekat tempat yang tak sepatutnya."

"Lepastu macula ada kesan laser dan akhirnya jadi parut, sebab tu padangan mata terhalang."

-Wildad-

'Mula-mula rasa down'

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul apabila pandangannya terbatas dan pastinya perlu mengambil sedikit masa untuk membiasakan dengan keadaan yang baru.

Dia akui merasa putus asa selepas kejadian yang menimpa dirinya namun dalam masa yang sama perlu akur dan menerima dengan hati terbuka di samping bersyukur atas kata-kata semangat dan doa orang ramai ke atas dirinya.

Dalam pada itu, orang ramai juga diingatkan agar sentiasa berhati-hati dan jagalah setiap anggota badan yang dikurniakan kepada kita dengan baik kerana tak semua insan di luar sana beruntung kerana ada dari kalangan mereka yang dilahirkan tak sempurna seperti orang lain.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen