Berkat niaga 'online', wanita sebak berjaya 'lump sum' hutang PTPTN

Oleh: Zuzu Yasmine

Memang tak lena malam kalau menanggung hutang, terutama buat segelintir pelajar lepasan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang membuat Pinjaman Tabung Pelajaran Tinggi Nasional (PTPTN) bagi meneruskan pembelajaran.

Mana tidaknya, msih ada yang belum mendapat pekerjaan bahkan ada juga yang mempunyai gaji tidak mencukupi untuk membayar ansuran hutang serta menyara hidup.

Bagaimanapun, satu kebahagiaan jika berjaya membayar sekaligus terutama buat mereka yang masih lagi fresh graduate.

Hasil berniaga ‘online’ selama 2 tahun

Seperti dilalui oleh pengguna TikTok dikenali sebagai @iera_akmal apabila berjaya membuat bayaran lump sum pinjaman miliknya selama dua tahun menjalankan perniagaan atas talian.

Menerusi video yang dimuat naik, dapat dilihat dirinya sebak dan menangis apabila berjaya membayar hutang yang berjumlah RM14,000.

Luahnya, saat tersebut akan menjadi satu kenangan yang tidak dapat dilupakan sepanjang berniaga malah menjadi penguat semangat untuk dirinya sendiri.

Seronoknya, doakan saya juga

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut tumpang gembira selain berkongsi perasaan yang sama apabila berjaya menyelesaikan pembayaran hutang yang ada.

Dalam masa yang sama, mereka juga berharap agar dapat membayar sekaligus seperti wanita berkenaan suatu hari nanti.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen