"Pernah rasa terdesak..." -Bapa jawab individu pertikai anak terima rawatan di luar negara

Nama Ainul Mardhiah pernah menjadi perhatian dan bualan sewaktu ketika dahulu apabila dia merupakan salah seorang bayi yang telah dihantar ke luar negara bagi mendapatkan rawatan membuang ketumbuhan yang dialami olehnya.

Keputusan bawa anak ke luar negara dipertikai

Meskipun sudah dua tahun berlalu, namun masih terdapat beberapa isu yang telah dibangkitkan oleh segelintir pihak di luar sana yang mempertikaikan keputusan penjaga Ainul membawanya bagi mendapatkan rawatan di luar negara.

Berikut merupakan satu hantaran yang telah dimuat naik oleh bapa kepada Ainul yang menjelaskan tujuannya berbuat demikian sekaligus berharap agar individu terbabit berhenti membuat sebarang spekulasi negatif terhadap keluarga serta anaknya.

Dalam pada itu, pemilik akaun bernama Ahmad Safiuddin juga memohon maaf jika dia membuat keputusan untuk membawa anak sulungnya ke United Kingdom (UK) ada mengguriskan hati banyak pihak.

Akui berada dalam keadaan terdesak

Ujarnya, keputusan tersebut disokong oleh banyak pihak lebih-lebih lagi apabila doktor mengesahkan bahawa ketumbuhan yang dihidapi oleh anaknya sudah menutupi laluan pernafasannya di mulut sehingga tidak boleh bernafas.

"Jika saya mampu, hari-hari saya mahu ucapkan terima kasih kepada semua doktor yang terlibat baik di Malaysia mahupun  di UK. Ya, saya dan keluarga sangat berterima kasih sebab pernah merawat Ainul selama ini dengan sangat baik!"

"Pernah lalui bila ada anak yang dah kaku? Waktu itu apa sahaja yang ada, adakah kita nak tengok sahaja? Ini anak. Bukan orang asing. Biar bapa hilang nyawa, tapi bukan nyawa anak. Keputusan perlu dibuat segera."

-Bapa-

Mohon orang ramai berhenti melaga-laga keluarga

Di kesempatan itu, dia juga berharap agar orang ramai berhenti melaga-lagakan mereka sekeluarga dan berdamai sekaligus menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka.

"Saya mohon maaf sekali lagi buat semua yang terguris hati dan saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana anda lah, Ainul ceria hari ini dengan izinNya."

-Bapa-

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen