"Sayu terasa seperti balik kampung halaman sendiri." - Ebit Lew masuk Gaza diiringi Tentera Mesir

Oleh: Zuzu Yasmine

Umum tahu bahawa pendakwah kesayangan ramai, Ustaz Ebit Lew pada ketika ini pergi ke Gaza bagi tujuan misi kemanusiaan. Malah sejak beliau di sana, sudah jarang melihat perkongsiannya di media sosial seperti selalu.

Berjaya masuk Gaza

Selepas beberapa bulan di sana, Ebit Lew telah memuat naik satu perkongsian terbaru di media sosialnya dengan memaklumkan bahawa dirinya telah berjaya memasuki Gaza, Palestin diiringi Tentera Mesir serta kereta berperisai sepanjang perjalanan.

Kongsinya, team yang yang disertai beliau merupakan kumpulan pertama di dunia yang dibenarkan masuk melalui Pintu Rafah selepas perang 2021 baru-baru ini.

Terima kasih yang membantu

Dalam posting tersebut juga, beliau sempat sempat mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan Malaysia, kedutan Malaysia di Mesir, Tengku Mahkota Johor (TMJ), pihak-pihak badan bukan kerajaan (NGO) dan juga kerajaan Mesir yang sangat membantu dalam misi ini.

Rasa seperti pulang kampung halaman

Sehubungan itu, beliau turut berkongsi pengalaman memandangkan ini kali pertama dirinya menjejakan kaki ke bumi Palestin selain turut merasa seperti pulang ke kampung halaman sendiri.

Beliau, turut menjelaskan bahawa dia kurang memuat naik perkembangan ketika menjalankan misi disebabkan faktor keselamatan. Jadi, Ebit Lew berharap seluruh rakyat Malaysia dapat mendoakan misi tersebut berjalan dengan lancar.

Diharapnya segala urusan beliau dipermudahkan selain selamat pergi dan balik dari misi kemanusiaan itu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen