Kesal wajah jadi 'wanted', pakwe remaja gaduh rebut abang angkat tampil bela diri

Oleh: Zuzu Yasmine

Sejak semalam tular di media sosial akan sekumpulan remaja perempuan didakwa memukul rakan sebaya mereka di sebuah kawasan perumahan.

Video berdurasi 2 minit 20 saat itu telah dimuat naik oleh seorang pengguna laman Twitter dikenali sebagai @4shrf yang dipercayai berjaya membuat rakaman skrin di telefon selepas remaja tersebut live di media sosial.

Pakwe bela diri

Awalnya, pergaduhan dikatakan berpunca daripada perebutan ‘abang angkat’ sehingga ada yang mengalami kecederaan dan membuat laporan polis.

Susulan kejadian itu, nama salah seorang teman lelaki remaja perempuan itu telah disebut sehingga membuatkan wajahnya turut menjadi tular.

Menerusi ruangan komen di Twitter @4shrf, teman lelaki remaja berkenaan menafikan bahawa dirinya terlibat dalam perbalahan tersebut kerana wajahnya tular dikatakan sebagai ‘jantan’ yang direbutkan.

Menurut remaja lelaki itu, cerita sebenarnya mereka bergaduh kerana rebutkan ‘abang angkat’ dan dia bukanlah individu tersebut seperti yang ditularkan sebelum ini.

Malah dia turut berasa kesal kerana wajahnya yang ‘wanted’ sedangkan dia tidak ada kena-mengena dalam hal tersebut.

Dalam siasatan polis

Bagaimanapun, menerusi kenyataan pihak polis, remaja-remaja perempuan itu dipercayai bergaduh kerana masalah fitnah-menfitnah sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati.

Difahamkan, pihak berkuasa sedang membuat siasatan selepas menerima laporan berkenaan perbalahan tersebut.

Berhenti popularkan mereka!

Dalam pada itu, warganet turut meminta agar orang ramai tidak menularkan laman sosial remaja-remaja berkenaan kerana itu akan membuat mereka lebih dikenali.

Selain jumlah pengikut mereka juga dikatakan meningkat dengan mendadak dalam sehari.

Artikel Lain

Tinggalkan Komen