Berpayung tunggu cikgu ingatkan hantar 'homework', pelajar terharu rupanya dapat kek hari lahir

Cikgu itu diumpamakan seperti lilin yang membakar, sangat besar jasa mereka dalam mendidik anak bangsa.

Namun, memang tak dinafikan dalam kalangan pelajar pasti ada salah seorang guru yang paling menjadi kesayangan anak murid membuatkan mereka selesa susulan daripada sikap sporting yang ditunjukkan oleh para guru ini.

Tunggu tepi jalan nak hantar 'homework'

Seorang pengguna Tiktok yang dikenali sebagai Fakhrul ada memuat naik sebuah video yang menyaksikan gelagatnya membebel sendirian sambil membawa payung pada waktu malam.

Dia yang membebel tentang kerja sekolah berkata cikgunya yang meminta supaya dia tunggu di luar rumah kerana ingin menghantar 'homework' pada malam itu jadi, dia sebagai pelajar hanya akur sekaligus rasa terharu dengan kseungguhan cikgu mata pelajaran Sejarahnya.

Lelaki tak sangka rupanya cikgu nak bagi kek

Bagaimanapun, dia sungguh tidak menyangka bahawa kedatangan cikgu ke rumahnya pada malam itu bukanlah untuk menghantar 'homework' sebaliknya ingin memberi kek.

Dia jadi tak keruan dan hanya mampu mengucapkan terima kasih kerana terharu dengan pemberian tersebut.

"Wey malam-malam kena scam dengan cikgu tepi jalan, cikgu suruh tunggu tepi jalan nak bagi homework Sejarah.

"Thank you cikgu, sayang cikgu!"

'Sebab ni lah suka cikgu Sejarah'

Meninjau pula ke ruangan komen, rata-ratanya memuji sikap cikgu tersebut selain mendoakan agar dimurahkan rezeki. Menurut mereka, cikgu matapelajaran Sejarah memang antara cikgu yang paling disayangi kerana sikapnya yang suka melayan karenah anak murid.

'Murah rezeki cikgu'

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen