Tak tahan bau durian punya pasal, member lari siap tutup hidung guna mangkuk

Oleh: Zuzu Yasmine

Nampaknya musim durian tiba lagi di Malaysia, boleh dilihat di tepi-tepi jalan ada sahaja gerai kecil atau kereta yang menjual ‘raja buah’ ini.

Bau harum buah ini sememangnya menguji iman buat pecintanya namun bagi yang tidak gemar boleh buat pening kepala atau memualkan.

Bila member tak makan durian

Seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Anyah Dauz ini apabila berkongsi gelagat rakan serumahnya yang tidak senang akan bau buah durian.

Menerusi video yang dimuat naik itu memaparkan rakan serumahnya yang sedang asyik membasuh pinggan di dapur, kemudian dihampiri dengan membawa seulas durian.

Tutup hidung guna mangkuk

Sedar akan kehadiran bau buah tersebut, pemuda berkenaan terus mengelak dan cuba melarikan diri dari rakanya selepas dipaksa untuk mencuba sedikit buah durian itu.

Rupa-rupanya pemuda berkenaan tidak suka akan bau durian yang disifatkan busuk bagi dirinya sehingga terpaksa menepis tangan rakannya kerana bimbang terkena buah tersebut.

Takut durian macam takut lipas

Melihat ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat pemuda berkenaan selain turut berkongsi pengalaman yang hampir sama.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen