Hanya minta upah beras, kegigihan adik ini kerja buat ramai kagum

Melihat keadaan negara sejak dilanda Covid-19 ini sepatutnya menjadikan kita lebih mensyukuri apa yang ada tanpa mempersoal serta membanding-bandingkan dengan apa yang tak kita miliki dengan orang lain.

Nak kerja sebab bosan

Justeru itu, apabila melihat mereka yang memerlukan bantuan, bantulah  sekadar yang mampu agar mereka dapat meneruskan kelangsungan hidup seperti yang terjadi kepada seorang pengguna Tiktok ini.

Dia yang merupakan pemilik akaun mfs_bengkelbesi telah berkongsi kisah yang dialami olehnya apabila dia didatangi seorang kanak-kanak berusia 11 tahun yang ingin bekerja kerana bosan berada di rumah.

Hanya minta beras sebagai upah

Namun, apa yang membuatkan rata-rata netizen kagum dengan semangat budak lelaki tersebut adalah apabila dia diberi pilihan sama ada upah tersebut dalam bentuk wang atau beras dan dia lebih memilih untuk memberinya beras sebagai upah agar dapat makan beramai-ramai bersama keluarga.

Selain itu, pemilik akaun tersebut tampil memberi pencerahan kepada orang ramai tentang budak tersebut menerusi hantaran terbaharunya di akaun Tiktok.

"Adik ni datang dari keluarga B40, nak kata susah tak, nak kata senang pun tak juga tapi sederhana...Dia bukanlah dari golongan daif"

"Musim PKP ni dia cakap dia bosan, jadi kebetulan saya pun ada job sikit, saya panggillah dia untuk bantu dan ajar apa yang patut."

Peristiwa tersebut secara tak langsung memberi  impak buat rata-rata netizen di luar sana yang tidak menyangka bahawa kanak-kanak berusia 11 tahun mampu berfikir sejauh itu dan dalam masa yang sama tak lupa dengan keluarga selain mendoakan agar adik tersebut menjadi anak yang berguna suatu hari nanti.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen