Walau tak seperti dirancang, gadis tetap bersyukur majlis tunang 'google meet' berjalan lancar

Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih belum bertemu titik noktahnya, ramai pihak terpaksa menangguh pelbagai urusan mereka lebih-lebih lagi bagi yang sudah mempersiapkan diri menjelang hari bahagia untuk bertunang, berkahwin dan sebagainya.

Majlsi tunang dalam 'Google Meet'

Begitulah juga yang terjadi kepada gadis ini namun, akhirnya mampu menarik nafas lega setelah dua kali majlis pertunangannya terpaksa ditangguh susulan PKP akhirnya selamat dijalankan walaupun hanya secara maya (online).

Menurut dia yang dikenali sebagai @syamieranis telah berkongsi khabar gembira itu menerusi hantarannya di laman Twitter dengan kapsyen 'Done tunang dekat Google Meet'.

Dalam pada itu, dia juga memaklumkan bahawa tarikh pertunangannya itu juga merupakan tarikh hari ulang tahun mereka berdua selepas dua tahun mengenal hati budi sekaligus menyulam cinta bersama sehingga akhirnya memilih untuk bertunang.

Tetap bersyukur walau tak seperti dirancang

Ujarnya, meskipun pelbagai perancangan telah dibuat tapi apakan daya dia hanya mampu merancang namun tetap bersyukur kerana pertunangan mereka berjalan lancar dan mendapat sokongan dari kedua-dua belah pihak.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen