"Dari semalam memang di rumah..." - Zarina Anjoulie sangkal dakwaan ditangkap kerana dadah?

Oleh: Zuzu Yasmine

Semalam, seorang selebriti yang dikatakan mempunyai pengaruh di media sosial Instgaram telah ditahan selepas didapati positif dadah jenis methamphetamine dalam sebuah serbuan di Nilai.

Sehubungan dengan itu, nama seorang pelakon wanita Zarina Anjoulie telah dipetik berhubung akan kejadian tersebut.

Malah, menerusi live yang dibuat oleh pelakon tersebut, pengikutnya turut bertanya adakah dia yang ditahan polis disebabkan positif dadah.

"Betulkah Anju (Zarina Anjoulie) yang ditahan polis sebab positif dadah?" soal pengikutnya.

Bagaimanapun, Zarina Anjoulie atau lebih mesra dengan panggilan Anju ini tidak menjawab dakwaan tersebut tetapi menyatakan bahawa dia berada di rumah sejak semalam.

"Dari semalam memang di rumah," katanya ringkas.

Difahamkan, sesi live yang dilakukan pelakon itu berlangsung dalam tempoh lima minit sebelum ditamatkan kerana Anju ingin berdandan dan mencantikkan diri sebelum membuat siaran langsung sekali lagi.

Tidak melepaskan peluang yang ada, Anju juga secara berterus-terang juga mahu menggunakan kesempatan yang ada ketika namanya kembali tular untuk membuat ulasan produk di Instagram.

"Alang-alang tengah 'viral', semua kecoh, baik buat IG (Instagram) 'review' dan bantu orang. Lagi berfaedah.

"Anda bagi saya masa 15 minit, bagi saya cantikkan rambut sekejap dan saya kembali lagi. Saya nak buat 'live' dengan kekasih juga nanti," katanya.

Sebelum ini, media melaporkan seorang selebriti wanita ditahan kerana disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah di sebuah rumah di Kampung Chalet, Nilai.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, wanita berusia 34 tahun itu ditahan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai yang membuat serbuan di rumah berkenaan.

"Selebriti itu dibawa ke pejabat Narkotik IPD Nilai bagi tujuan saringan awal air kencing. Keputusan mendapati wanita itu positif dadah jenis methamphetamine," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, suspek diberi jaminan polis selepas selesai memberi keterangan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen