Tak minta upah hanya mahu mesin rumput, kegigihan lelaki ini cari rezeki buat ramai sebak

Oleh: Zuzu Yasmine

Ketika ini ramai yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang sudah berlangsung selama sebulan. Ada yang makin berdepan kesempitan hidup ada juga yang telah hilang punca pendapatan.

Malah, kes jenayah juga dilihat semakin berleluasa berikutan kesempitan hidup yang dialami oleh segelintir masyarakat.

Bukan datang minta duit

Menerusi satu video dimuat naik oleh pengguna TikTok dikenali sebagai @Shasharamly telah berkongsi keadaan seorang lelaki yang datang meminta kerja daripadanya.

Menurut @Shasharamly, individu berkenaan datang ke rumahnya meminta untuk memotong rumput disebabkan tiada duit.

Tawakal beri kerja

Pada awalnya dia agak takut ditipu kerana keadaan sekarang ini bahkan dia juga baru sahaja berpindah di kawasan tersebut.

Bagaimanapun, dia tawakal dan memberi lelaki berkenaan kerja agar individu tersebut dapat upah yang mungkin membantu dirinya.

Faham ramai yang terkesan

Dalam pada itu dia turut memuji lelaki berkenaan yang dikatakan berusaha mencari rezeki dari pagi sehingga petang dengan cuaca panas. Selain turut menyatakan lelaki berkenaan melakukan kerja dengan baik.

Masih nak cari rezeki halal

Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet turut memuji lelaki berkenaan yang mengunakan kudratnya untuk mencari rezeki yang halal.

Malah mereka turut sebak apabila ramai yang terjejas dan terkesan ketika ini sehingga terpaksa melakukan pelbagai kerja.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen