Dah rindu atuk & nenek sangat, budak lelaki nekad minta izin polis nak balik kampung

Oleh: Zuzu Yasmine

Hampir dua tahun negara kita melawan wabak Covid-19, malah makin ramai juga yang terbeban dengan rasa rindu terhadap ibu bapa di kampung setelah sekian lama tidak pulang kerana larangan merentas negeri.

Perkara ini bukan sahaja dirasai oleh orang dewasa malah kanak-kanak turut mengalami hal yang sama apabila berbulan-bulan tidak bertemu dengan atuk serta nenek mereka.

Itulah yang dilamai oleh anak kecil pengguna TikTok dikenali sebagai Puteri Nur Farahanum apabila sering mengajaknya pulang ke kampung.

Berani minta izin dengan polis

Walaupun telah beri pelbagai alasan dan memujuk anaknya namun wanita ini terpaksa membawa kanak-kanak itu bersemuka dengan pihak polis untuk bertanya sendiri.

Siapa sangka kerana terlalu rindukan atuk dan neneknya di kampung, anak kecil itu begitu berani meminta izin polis agar dibenarkan pulang ke kampung.

Bagaimanapun, pihak polis berkenaan menjelaskan secara baik bahawa perjalanan rentas negeri masih lagi tidak dibenarkan dan berharap dirinya bersabar.

Menangis dalam kereta

Kecewa akan perkara tersebut, kanak-kanak itu dilihat menangis di dalam kereta sebaik sahaja pulang dari balai polis. Malah ibunya juga memujuk agar anaknya terima jawapan yang diberikan pihak berkuasa.

Faham sangat adik rasa

Melihat ke ruangan komen, rata-rata netizen terasa sebak melihat reaksi kanak-kanak itu. Selain turut memahami perasaan rindu terhadap insan tersayang.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen