Tidur dalam tangisan, anak tahan rindu dua bulan tak jumpa ibu kerana PJJ

Oleh: Zuzu Yasmine

Boleh dikatakan ramai yang berdepan dengan episod sedih serta menahan rindu kerana ada segelintir yang berjauhan daripada keluarga sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini.

Bukan sahaja, orang dewasa, bujang, mahupun para pelajar tapi anak-anak kecil juga merindu ibu bapa mereka yang berjauhan.

Anak meraung tanggung rindu

Seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook ini apabila memuat naik video seorang kanak-kanak yang menangis kerana merindui ibunya.

Menurut pengguna Facebook yang dikenali sebagai Puan Afiqqah Sani itu, kanak-kanak berusia dua tahun setengah ini sememangnya sudah lama tidak bertemu dengan dirinya disebabkan dia dan suami menjalani perhubungan jarak jauh (PJJ).

Tak nak ‘video call’

Katanya lagi, dia dan anaknya sudah dua bulan tidak bertemu malah anaknya yang dipanggil Muhammad ini juga seakan mengelak sekiranya diajak membuat panggilan video bersama.

Harap SOP diperhalusi

Dalam pada itu, Afiqqah juga berharap agar prosedur rentas negeri agar dipertimbangkan semula terutama buat pasangan PJJ meskipun tahu ramai juga yang sedang menanggung rindu pada ketika ini.

Leburnya hati tengok

Sehubungan itu, rata-rata warganet turut terasa sebak melihat kanak-kanak tersebut menangis malah memahami perasaan rindu antara anak dan ibu yang terpaksa ditanggung.

Malah, mereka turut memberi kata-kata semangat buat wanita berkenaan agar terus kuat selain mendoakan agar dua beranak ini dapat bersatu semula.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen