Kawasan asrama kena PKPD, pekerja kilang sedia larikan diri buat netizen bengang

Oleh: Zuzu Yasmine

Keadaan Covid-19 di negara ini semakin membimbangkan. Walaupun sudah sebulan melakukan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 namun masih belum nampak penurunanya.

Malah, angka kes baru juga semakin hari semakin meningkat setiap hari hingga mencetuskan keresahan buat rakyat yang terjejas serta mereka yang mematuhi SOP.

'Pack' baju keluar dari asrama

Sehubungan itu, tular sebuah video dipercayai penduduk di sebuah kawasan perumahan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 1 Julai hingga 14 Julai 2021.

Menerusi video yang tersebar di media sosial itu, difahamkan mereka adalah pekerja di sebuah kilang yang menerima arahan untuk keluar dari perumahan tersebut sebelum PKPD berkuatkuasa esok.

Arahan majikan

Bagi membuktikan perkara tersebut, terdapat juga tangkap layar yang turut tersebar dipercayai arahan dari majikan kepada pekerjanya untuk melakukan tindakan keluar dari kawasan asrama mereka.

Patutlah kes tak turun-turun

Justeru itu, rata-rata netizen merasakan tidak berpuas hati akan tindakan tersebut selain mereka turut berharap pihak berkuasa membuka mata dan mengambil tindakan.

Dalam pada itu mereka juga kecewa kerana ini menjadi penyebab kes Covid-19 di negara ini meningkat.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen