Sedia bagi kerjasama jika perlu, Timbalan Ahli Dewan Rakyat mohon maaf isu kenduri durian

Satu video yang menyaksikan individu yang berpengaruh telah tular dan menjadi buah mulut orang ramai apabila didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan mengadakan aktiviti berkumpul beramai-ramai di sebuah kebun durian pada Ahad lalu.

Akui silap dan mohon maaf

Susulan kejadian, Ahli Parlimen Batu Pahat iaitu Datuk Mohd Rashid Hasnon tampil mohon maaf atas kekhilafan berkenaan dan menyerahkan siasatan lanjut serta berjanji untuk beri kerjasama kepada polis.

"Kekeliruan timbul apabila terdapat beberapa media yang menghubungi saya bagi bertanyakan mengenai video saya di kebun dan saya menjawa soalan itu tanpa menonton sendiri pada awalnya."

"Selepas selesai mengadap Yang di-Pertuan Agong pada Selasa, barulah saya berkesempatan untuk menganalisa video yang terkait dengan saya."

-Rashid Hasnon-

Video tular merupakan sebuah lawatan 

Jelas beliau lagi, video yang tular itu merupakan lawatannya ke kebun durian kampung yang diusahakan masyarakat setempat yang terkesan berikutan PKP.

"Selepas menteliti, salah satu video yang tular semalam adalah lawatan saya ke kebun durian kampung yang diusahakan masyarakat setempat yang terkesan berikutan PKP."

"Kebetulan ketika itu terdapat lawatan kerja Menteri Perumahan dan kerajaan Tempatan, Datuk Zuraidah Kamaruddin ke Batu Pahat. Oleh itu, kami menghadiahkan durian kepada rombongan menteri untuk dibawa pulang."

-Rashid Hasnon-

Video rakaman tular

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen