Mengamuk tak tentu arah, lelaki ditahan polis cetus kekecohan di pasaraya

Tindakan seorang lelaki membuat onar di sebuah pasaraya di Bintulu pagi tadi telah tular di media sosial sekaligus menjadi bualan hangat wargamaya susulan melihat perbuatan tersebut.

Tular lelaki mengamuk

Video itu pada awalnya telah di muat naik oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Ieszmah Mohamad sebelum dikongsi oleh pengguna lain di media sosial yang menyaksikan detik-detik lelaki tersebut mengamuk tanpa diketahui motif utamanya.

Kejadian masih dalam siasatan

Rentetan insiden tersebut, boleh dikatakan hampir semua bahagian pasaraya berkenaan musnah dan bersepah akibat daripada perbuatannya dan memang tak dinafikan akan berlakunya kerugian apabila dapat dilihat banyak barang-barang pecah dan berselerak di atas lantai.

Bagaimanapun, pelaku sempat ditahan polis untuk siasatan dan sehingga kini masih tiada maklumat lanjut berhubung insiden yang berlaku awal pagi tadi iaitu pada sekitar jam 9 pagi.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen