Dulu selalu jadi mangsa ejek, siapa sangka gadis ini dilamar lelaki paling dibenci

Setiap orang akan mempertemukan cinta sejati mereka dalam pelbagai cara. Ada yang diawali dengan kisah yang indah dan tak dinafikan ada juga yang berlaku sebaliknya.

Kahwin dengan lelaki paling dibenci

Sepasang suami isteri yang telah diijab kabulkan pada Mac lalu telah berkongsi kisah awal perkenalannya dengan suami sewaktu ketika dahulu dan siapa sangka kawan-kawan merupakan antara pihak yang tidak menyangka bahawa mereka akan disatukan sebagai pasangan raja sehari.

Dia yang dikenali sebagai Nor Fatin Nabilah atau lebih mesra disapa Nabila memberitahu bahawa perkenalan bersama suaminya sebelum ini penuh dengan kebencian iaitu sejak mereka sama-sama mengikuti pengajian di Kolej Vokasional lagi.

 

Benci sampai tak nak tengok muka

Selain itu, Nabila turut dimaklumkan oleh kawannya yang sama bidang dengan suaminya yang dia mempunyai niat jahat ingin mengenakan dirinya.

"Kawan asrama saya satu bidang dengan suami. Dia maklumkan yang suami ada niat jahat, nak kenakan saya."

"Kalau suami berjaya dapatkan saya, maksudnya dia berjaya. Pada waktu itu, suami juga selalu ejek saya."

"Setiap kali jumpa, dia hina saya pendek jongang dan sebagainya. Saya memang benci sampai tahap tak boleh tengok muka dia."

 

Luah rasa suka sebelum ajak kahwin

Bagaimanapun, perbalahan tersebut tidak bertahan lama apabila suaminya menyusun langkah dan kata ingin berkawan ketika masing-masing hampir menamatkan zaman belajar di kolej berkenaan dan akhirnya membawa hubungan tersebut ke satu fasa yang lebih serius.

"Waktu nak habis belajar, dia Whatsapp saya kata nak berkawan. Saya OK saja, tapi masa tu perangai dia masih macam tu lagi."

"Sampai satu tahap, dah habis belajar  dan masing-masing dah bekerja, dia contact dan bagi tahu dia suka saya. Kejadian berlaku dua tahun lepas. Tapi saya malas nak layan sebab tak suka perangainya."

"Tapi pada Disember tahun lepas, dia tiba-tiba mesej dan tanya nilai hantaran saya."

-Nabilah-

Jelasnya, meskipun sudah berkahwin, suaminya masih tetap suka menyakat seperti dulu selain tak menafikan bahawa perasaan terlampau benci itu boleh bertukar menjadi sayang seperti yang terjadi kepadanya dan suami.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen