Dihujani dakwaan terlibat kes dadah, Anju letak harga RM5,000 pihak nak 'interview' dapatkan maklumat

Selepas akhbar melaporkan seorang selebriti ditahan kerana terlibat kes dadah, tak dinafikan banyak pihak yang beranggapan bahawa Zarina Anjoulie atau lebih mesra disapa Anju merupakan individu terbabit.

Dakwaan tersebut menjadi isu dan bualan kerana tiada keterangan lanjut dari pihak polis Nilai berhubung laporan tersebut menyebabkan ramai yang berteka-teki dan ada juga yang sudah dapat mengenal pasti selebriti yang dimaksudkan.

RM5,000 kalau nak maklumat

Susulan dakwaan tersebut, Anju terus dihujani dengan soalan-soalan dari wargamaya bagi mendapatkan penjelasan berhubung dengan isu yang sedang hangat diperkatakan di media sosial.

Angguk mengiakan tidak, geleng menidakkan perkara tersebut pun tidak sebaliknya Anju dalam satu hantarannya di Instagram membuka tawaran dengan meletakkan harga kepada pihak media yang inginkan maklumat tersebut dengan harga RM5,000.

Bagaimanapun, kenyataan tersebut telah dipadam oleh selebriti berkenaan dan dia juga kelihatannya masih bergiat aktif di akaun Instagram dengan membuat 'review' produk.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen