Haus tapi lupa bawa dompet, makcik murah hati hulur air walau perniagaan terjejas

Amalan bersedekah merupakan amalan mulia dan perlu dipupuk dalam diri setiap individu bagi melahirkan rasa rendah diri serta mensyukuri nikmat dengan cara berkongsi bersama mereka yang kurang berkemampuan di luar sana.

Haus tapi lupa bawa dompet

Menerusi perkongsian video di Tiktok oleh individu yang dikenali sebagai Hanif Asyraf ini mungkin dapat membuka mata kita semua bahawa di luar sana masih ramai golongan yang memerlukan bantuan lebih-lebih lagi di musim pandemik ini.

 

Dia yang merupakan seorang Youtuber berkesempatan untuk bertemu dengan seorang wanita yang sudah agak lewat usia namun masih gigih berniaga dengan menjual air untuk menyara kehidupan.

Tak perlu bayar, niat sedekah

Hanif menghampiri makcik tersebut untuk meminta air kerana terlupa bawa dompet dan berjanji akan membayar semula nanti, namun apa yang membuatkan dia tak sangka adalah apabila makcik itu menghalalkan air jualan bernilai RM2 dengan menganggapnya sebagai sedekah.

"Air RM2 je, takkan nak sedekah RM2 tak boleh."

 

'Senyum sambil tahan sebak'

Video yang menjadi tontonan jutaan rakyat Malaysia itu membuatkan rata-ratanya meluahkan rasa sebak dengan ketulusan hati makcik berkenaan sekaligus mendoakan agar dimurahkan rezeki.

Walaupun hasil keuntungannya tidak seberapa dan akui terjejas di musim pandemik ini tetapi dia percaya dengan rezeki Allah menerusi amalan sedekah.

'Moga dimurahkan rezeki'

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen