Sejak negara dilanda wabak Covid-19, petugas barisan hadapan antara individu yang banyak menyumbang bakti dalam menangani kes tersebut dan masih kekal bertahan sehingga ke hari ini tanpa mengenal erti lelah dan putus asa.
Rancak 'frontliner' ikut joget
Menerusi perkongsian video di Tiktok oleh ciklinnemo, dapat disaksikan gelagat petugas di pusat kuarantin yang sedang rancak melayan karenah anak buahnya yang perlu menjalani tempoh kuarantin di sana.
Video yang dikongsikan olehnya menjadi tontonan ribuan pengguna platform tersebut yang rata-ratanya turut terhibur dengan gelagat mereka.
Walaupun penat dengan tugas harian, masih tetap ada masa untuk menghiburkan hati penghuni pusat kuarantin yang lain tanpa mengira usia dan bangsa.
'Terima kasih !'
'Frontliner ni memang hero'
'Jasa korang tiada ganti'
Tinggalkan Komen