Baju basah lencun angkat kotak berat, 'uncle' bersungguh ucap terima kasih bila dapat air

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila sudah melangkah ke usia emas, biasanya golongan ini akan duduk di rumah menghabiskan masa bersama keluarga mereka.

Bagaimanapun, masih ada sahaja golongan ini yang gigih keluar bekerja demi menyara keluarga walaupun kudratnya sudah tidak seberapa.

Gigih angkat barang

Seperti yang dikongsikan oleh pengguna TikTok dikenali sebagai @yohngoh ini apabila memuat naik beberapa orang ‘pakcik’ yang sudah berusia menurunkan barang dari lori.

Menurut @yohngoh, mereka membuat kerja sehingga baju yang dipakai dibasahi peluh malah mereka juga tidak membawa air ketika sedang menurunkan kotak-kotak yang berat dari lori tersebut.

Bersungguh ucap terima kasih

Justeru itu, dia mengambil keputusan untuk memberi air kepada pakcik-pakcik berkenaan akan tetapi terasa sebak bila mereka bersungguh-sungguh mengucapkan terima kasih kepadanya.

Mesti sakit badan dia

Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet turut sebak melihat pakcik-pakcik berkenaan yang gigih menggunakan tulang empat kerat demi mencari sesuap nasi.

Malah, mereka turut mendoakan agar segala urusan pakcik-pakcik tersebut dipermudahkan selain dimurahkan rezeki.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen