Pemanggil luah di radio, netizen petik nama mak mertua Mira Filzah suruh tengok kawasan

Oleh: Zuzu Yasmine

Sejak bermulanya kempen angkat bendera putih ini, pelbagai kisah rakyat yang berdepan kesempitan hidup mula tersebar dan pastinya menyentuh hati ramai orang.

Mana tidaknya, ada yang berhari-hari menahan lapar kerana tiada wang untuk membeli keperluan makanan malah kadang kala kesusahan mereka ini juga tidak dapat dihidu jiran tertangga.

Terputus makanan

Sehubungan itu, tular rakaman semula siaran radio Suria FM apabila seorang pemanggil berkongsi pengalamannya ketika memberi bantuan kepada mereka yang mengangkat bendera putih.

Perkara tersebut dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter @bauk_selat, yang kedengaran luahan pemanggil radio bercerita akan kisah sebuah keluarga di Kuala Kangsar kelaparan kerana kehabisan bekalan makanan.

Terbaring lemah

Dengan suara yang sebak, pemanggil tersebut menceritakan bahawa ketika di tiba di rumah tersebut, anak-anak pemohon itu sudah terbaring kerana tidak berdaya selepas dua hati tidak menjamah makanan.

Terpaku akan kejadian tersebut, pemanggil radio itu segera bergegas membeli makanan segera dan menyuruh mereka mengisi perut bagai mengembalikan tenaga yang hilang.

Cucuk la sikit bubu tu

Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet yang sebak akan kisah itu telah memetik nama pelakon, Mira Filzah dan meminta pelakon itu melakukan sesuatu memandangkan ibu mentuanya, Datuk Mastura Mohd Yazid merupakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar.

Berhabuk mata

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen